Feel, think, write & share.
"Hadapilah kehidupan ini dengan sabar dan taqwa" - Satu pesanan buat diri ini.
Saturday, 29 September 2007
Security alert
Thursday, 27 September 2007
Lepas Gian
Kerja
Sejak kerja haritu, aku merasakan aku menjadi lebih kurus. Tak tahulah samada hanya ilusi dan perasaan atau berat badanku benar-benar turun. Nak kata stress tak der pula. Malas enjoy saja bekerja. Maybe sebab tak makan secukupnya.
Puasa
Puasa kali ini agak seronok. Malaysia Hall buat buka puasa free kepada students. Terima kasih kepada pengajur yang tak mahu mendedahkan identiinya. Bermacam-macam aktiviti diadakan di surau MSD sempena bulan Ramadhan ini. Setinggi-tinggi perghargaan diucapkan kepada Ustaz Erfino di atas kesungguhan beliau.
Sekolah
Sekolah telah bermula. Tahun baru, tahun akhir. Tinggal beberapa belas orang sahaja yang buat MEng. Yang lain dah grad. Azam baru, belajar-betul sampai dapat first class. Kena korban masa dan tenaga. So, aku akan jarang tulis blog panjang2 dan kurangkan masa involve dlm cyber social networking. Semoga Allah berikan kekuatan.
Rumah
Dah hampir sebulan masuk ke rumah baru. Alhamdulillah, terima kasih kepada KIKO yang bersusah-payah mencari rumah.
Friday, 7 September 2007
Knowledge and Iman
Islam is a Deen based on knowledge. Not just by blind following. Those who practice without knowledge would be easily fooled by shaitan. You need to have sound knowledge and understanding about the religion to be able to do ibadah properly. Without knowledge, will you be able to differentiate between halal and haram? I always heard that an ibadah by an alim is better than by an abid. Apart from making a lot of ibadah, it is necessary for us to increase our knowledge about the religion if we want to increase our iman
Since Ramadhan is coming, I think it is a good point for us to start increasing our knowledge about Islam by reading dan understanding the meaning of Quran everyday during the most blessed month. Ramadhan Mubarak. May Allah allow us to meet the next Ramadhan.
Friday, 31 August 2007
Duit duit
Duit duit…Di mana kau duit?!! 
Bila nak mula tulis pasal duit, teringat lagu tu. Bila duit sikit, terasa hidup sempit. Macam-macam benda yang ingin dibeli terpaksa dilupakan. Kadang-kadang timbul rasa jeles terhadap orang yang banyak duit.
Tapi bila kerja, ada peluang menambah kekayaan. Berangan-angan nak beli dan buat macam-macam dengan duit tu. Ingat semua milikku, tapi sebahagian kena bayar NI. Rasa sedikit frust, kuranglah jumlah dari apa yang patut aku dapat, hu hu.
A little digression, Well dlm Islam pun ader konsep zakat. Tak semua harta yang kita peroleh, dibolot 100%. 2.5 % daripada jumlah wang, harta dsb perlu diberikan kepada orang yang berhak sekiranya cukup tempoh dan jumlahnya. Rezeki itu milik Allah, Dia bagi pinjam ajer.
Macam mana kalau jadi orang kaya tapi hati penuh dengan rasa tamak dan kedekut? Nak tolong orang pun tak nak. Entah-entah bayar zakat pun tak nak. Nauzubillah. Patutlah Shafiq Aymand kata susah jadi orang senang. Boleh faham cerita dia, pasal orang yang bila dah senang sikit, diminta tolong orang berkata, "Biarlah, aku pun susah jugak". Baru-baru ini skrip yang sama juga diungkapkan oleh orang lain, "Alah, hidup di London memang tough, tak payah lah susah-susah cari rumah untuk diorang"
Ok back to main discussion. Sheikh Anwar al-Awlaki pernah berkata, kesenangan berharta bukan bergantung kepada kuantiti. Tapi keberkatan. Ada orang mempunyai harata dan wang yang sedikit tapi senang hati, tak ada masalah dalam hidup. Untuk memperoleh harta yang diberkati, perkara-perkara haram dan syubahat hendaklah dijauhi. Hati pula perlu ikhlas. Marilah sama-sama doakan agar jadi orang yang diberkati hartanya.
The counterpart
Sunday, 26 August 2007
Notting Hill Carnival 2007
Orang yang pergi ke sana, ramai gile!! Berduyun-duyun orang turun ke Notting Hill. Jalan penuh dengan orang, macam lautan manusia. Macam-macam bangsa dan pelbagai lapisan umur boleh di jumpai. Akmal kata, kalau ada bola boling besar best ni.
Apa diorang buat kat sana? Mainly ada dua benda. Pertama layan music show dan kedua menikmati jualan makanan Carribean. Terdapat banyak sistem suara yang kuat di pasang di tepi jalan di sekitar Notting Hill. Di setiap spot tu, akan ada DJ pasang lagu dan orang lain pula menari2. Bising gila. Ditambah dengan bunyi wisel dan horn, lagi bising. Ada juga yang tengok-tengok ajer. Mostly orang yang gi sana macam nak chill out ajer. Tapi aku tak minat sangat. Tak banyak gambar yang diambil pun.
Secara umumnya Carnival ni macam pasar malam mega kat Malaysia laa. Cuma ada tambahan orang nyanyi dan menari sahaja. Walaupun terdapat banyak gerai dibukan tetapi makanan yang dijual agak tipikal. Antaranya adalah Jerk Chicken, BBQ, Jerk Pasty, tebu dan air kelapa.
Antara perkara lain yang menarik adalah banyak kedai dan rumah di situ di tutup. Tingkap kaca semuanya di tutup dengan papan bagi mengelakkan vandalisme. Kesian juga kepada warga tua yang tinggal disekitar kawasan tersebut. Diorang terpaksa keluar kerana tak tahan dengan suasana yang sesak dan bising sewaktu Carnival dianjurkan. Kehadiran polis yang sangat ramai sedikit sebanyak membantu memastikan keamanan terjaga. Berdasarkan pemerhatianku, polis ditempatkan di setiap 20 meter sepanjang jalan dan simpangan jalan.
Walaupun banyak gerai di sana, kami tak tak beli pun sebab ayam kat sana sebab tak halal. Kitorang makan kat Tagine sahaja. Lebih kurang pukul 3, kami pun pulang ke rumah. Letih berjalan jauh di bawah pancaran matahari yang terik.
Saturday, 25 August 2007
Cuti
Isnin depan Bank Holiday, so ada cuti weekend yang panjang. Masa yang ada mungkin akan digunakan untuk melawat rakan-rakan. Di samping itu, aku akan menerima seorang lagi tetamu, Akmal petang ini setelah Faizal pulang ke Manchester pagi tadi.
Thursday, 16 August 2007
Allergy
I have allergy too. Some of them I can avoid, food such as prawn and crab. But others
Monday, 30 July 2007
Kerja, kerja
Selepas pindah rumah, aku mula belajar Bahasa Arab. Dalam masa yang sama, aku cuba mencari peluang pekerjaan bagi mengisi masa lapang dan kocekku. Dalam minggu kedua pengajian Bahasa Arab, aku dipanggil untuk temuduga kerja di IS department Uni ku. Beberapa hari kemudian pula, aku diminta untuk mengisi kekosongan kerja sebagai receptionist di sebuah bangunan London ini. Hatiku terasa agak berat untuk menerima permintaan tersebut kerana aku merasakan kerja di IS department lebih menarik dan mencabar. Namun demikian, setelah menimbang pro dan kotra antara dua pekerjaan tersebut, akhirnya aku memutuskan untuk bekerja sebagai receptionist.
Tanggal 13 Julai, aku memulakan latihan sebagai seorang receptionist.
Apa yang menarik pasal bekerja sebagai receptionist ini adalah kawan-kawan di London ini memberi sokongan yang penuh kepadaku dan mereka juga excited apabila mengetahui aku bekerja di tempat tersebut. Ada yang datang jenguk tengok aku bekerja, ada yang telefon menyamar sebagai customer kacau aku dan kadang-kadang kami bersama-sama makan malam di kantin dekat bangunan tersebut. Thanks guys. Selain itu, ada juga yang terkejut apabila nampak aku bekerja di meja recptionist di situ, kebanyakannya kawan-kawan yang belajar di luar London.
Kerja sebagai receptionist, lapan jam sehari sungguh memenatkan, maklumlah sebelum ini biasanya aku selalu lepak kat rumah ajer. Bila letih kerja ni, teringat cerita Ust Hasrizal yang sentiasa sibuk. Sekarang dapat faham akan cabaran yang beliau hadapi dengan lebih baik. Rasa kagum dengan ketabahan beliau menghadapi cabaran sebegitu. Bila aku komplen kat Shafiq Aymand pasal tak larat kerja, dia kata medic students dan doctors lagi letih kalau nak banding kerja aku tu. Beban kerja diorang berat dan waktu bekerja agak lama juga. Mendengar cerita beliau membuatkan aku insaf dan sedar bahawa ada orang yang menghadapi cabaran yang lebih hebat dari aku. Redha sahajalah...
Walaupun receptionist merupakan watak kecil sahaja di tempat aku bekerja itu, namun amanah dan tanggungjawab yang dipikul agak besar. Tanggungjwab menjaga keselamatan pelawat, bangunan, wang dan harta dalam bangunan tersebut terletak di atas bahu receptionist. Aku boleh menerima atau menolak permohonan orang untuk sewa bilik. Kalau mahu aku boleh saja bagi orang masuk bilik tanpa bayaran, tapi itu pecah amanah namanya. Kadang-kadang aku terpaksa menghampakan pelawat ataupun orang yang menelefon kerana tidak dapat membantu mereka apabila bilik penuh ataupun atas sebab-sebab yang lain.
Walaupun kuasa yang ada padaku ketika itu sangat kecil, namun cabaran tetap ada. Ada sesekali , pelawat (bukan pelajar undergrad) suruh aku tipu, bagi harga student walapun dia tidak layak mendapat diskaun tersebut. "Tulis ajer student, bukan ada orang tahu!" katanya. Ada juga yang kata tak tolong member. Semasa bekerja di sini, kadang-kadang dapat benda free dari pelawat-pelawat dan juga beberapa keistimewaan seperti teh tarik free sebab kenal tauke kantin. Seronok juga rasanya.
Berdasarkan situasi yang aku hadapi ini, aku boleh faham macam mana orang boleh terjerumus dalam gejala rasuah walaupun pada mulanya orang itu adalah orang yang 'baik'. Mula-mula masa jadi pegawai rendah, tipu sikit-sikit sebab orang tak tahu, lepas tu lama-lama dah jadi habit tak rasa apa. Ditambah pula orang selalu kasi hadiah, belanja dsb. Mula jadi bias, kronisme. Bila naik pangkat jadi pengarah sebuah jabatan atau kementerian, deal dengan projek yang besar-besar, setiap satu bernilai puluhan juta ringgit. Masa tu pula minta 10%, 20%, 30% daripada kontraktor. Syaitan yang licik menghasut buat jahat, tak hasut kita terus buat yang teruk terus, dia hasut buat jahat sikit-sikit, step by step. (Ini hanyalah hipotesis aku berdasarkan extrapolasi pengalamanku yang sedikit)
Setelah sekian lama pasrah tak dapat intern dan kadang-kadang jeles tengok orang lain dapat intern, akhirnya aku dapat juga tawaran intern dua minggu lepas. Alhamdulillah, aku amat gembira. Maka pada hari Isnin yang lepas, aku berhenti kerja dan Kiko telah mengambil alih tugasku sebagai receptionist di Malaysia Hall London. Alhamdulillah, aku tidak menghadapi masalah meletakkan jawatan. Malah, pegawai-pegawai di sana mengucapkan selamat berjaya untuk intern kelak. Apapun pengalaman bekerja di sana merupakan sesuatu yang amat beharga dan menarik. Aku dapat kenal dengan bermacam-macam orang dari pelbagai latar belakang dan belajar melayan kerenah pelanggan macam-macam ragam.
Sekarang aku sudah nampak hikmah bekerja di Malaysia Hall berbanding kerja di Uni. Kalau kerjadi Uni mungkin susah nak berhenti. Aku terasa semua perkara yang aku lalui sebelum ini seolah-olah sudah diatur. Banyak perkara yang aku buat sebelum ini nampaknya seolah-olah tak ada perancangan langsung, sekadar mengikut peredaran masa. Tapi kini alhamdulillah, semuanya sudah jelas. Aku juga gembira kerana semua perkara yang dihajatkan dapat dicapai. Mungkin ini berkat doa ibu bapa dan juga sahabat-sahabatku. Doakan kejayaanku di tempat kerja baru pula.
Monday, 23 July 2007
The end of Level 1
Photo courtesy of Ibn Jabal Facebook Group
I really enjoyed following the course. Through the course, I gained a lot of knowledge especially about Arabic grammar. Understanding Arabic allows me to have a better access to Islamic knowledge. This gave me better appreciation to the Quran and Arabic terms used in religious talks. I would consider this as a life changing event because it has lifted me from not understanding to little understanding.
I also managed to get new friends. They are really good people. Being with them in the class, makes me feel motivated. I will be missing these brothers. I hope I can see them in other occasion in the future.
By the end of the lecture @ class, we had our Jumah prayer in the classroom due to request from the sisters and we are kind of late to go to the mosque. Brother Mamoon, our teacher gave the khutbah. I found that his khutbah is very interesting and inspiring. Eventhough it is short, there were many points of nasiha was given. I could not put everything here.
He began the khutbah by reciting surah Al-Alaq and few ayah from the Quran. Iqra-means Read! It an order verb derived from qa-ra-a. Why is it that the first ayah revealed is the order to read?
The importance of reading Quran in our life. As muslim, we believe that Quran is revealed to His Messenger. It is the word of God. It is the highest source of reference in our life. As a muslim, we should read the Quran everyday. Rasulullah pbuh states that the person who read Quran less than 10 ayah in a day is in a state of heedlessness.
Read with the name of god. It is important for us to renew our intention in doing every action. The right intention is the prerequisite that worship to be accepted by Allah. A prayer, might not accepted by Allah if we do not have khusyu' or the intention is to show off, riya'. Riya is a form of shirk.
Have true understanding. Understand the world according to Quranic perspective, not your own. The problem with muslims now days is not everyone of us understand the Quran, including me. Correct understanding can only be obtained, by learning the language itself. This is because if you read translation, it had lost half of its true meaning. Eventhough reading without understanding will give spiritual benefit, reading and contemplate, reflect upon oneself will give better benefit to us. As we all know, quran is revealed to all mankind. It has been said that, the moment you understand the Quran, you will feel as if it is the moment it is revealed to you. This is because previously, you know the Quran is there but you don't really understand what is it's content.
Level of understanding. For a scholar, he or she can understand the Quran in terms of linguistic, social, history etc. In order to achieve the scholarly level of understanding, one have to spend tremendous amount of time in his life. For those who are not able to do so or do not have access to scholars, it is enough to read and reflect upon yourself based on your understanding. That will benefit yourself. Everyone of us have a mushaf, therefore read and reflect!
# end of khutbah
After we finishes the Jumah prayer, the brothers planned to have lunch together but Bro Mamoon could not make it. As we about to depart, Bro Mamoon adviced to me was to work on my vocab. Inshallah. Jazakallahukahiran to my Arabic teacher and good luck to you in Egypt.
Thursday, 19 July 2007
Hayya bil arabiyyah
Personally, I find the course is really challenging. Despite have to spend 4 hours a day attending classes, we are expected to spend another 4 hours to memorise the vocab, do homework and some reading. At this stage I thin k I can read and understand the arabic structure. Alhamdulillah, I am very glad. However I need to work out more on the vocab and the exercises to strengthen my understanding.
I would like to share an inspiring piece of advice from my Arabic teacher yesterday. He said, he know most of the students in the class took the course because they want to understand the Quran. Therefore he asked us to purify our intention learning arabic. He also reminds us about the hadith which means something like 'when His servant walks towards Him, Allah will run towards him (closer)'. So treat every effort (doing homework, memorising vocab and attending class) in understanding the arabic to understand the Quran as an act of worship. In fact it is a worship if the intention is correct. This is a babystep toward Allah. He also reminded us to spend an hour on arabic everyday. By having the knowledge about the grammar and vocab, inshallah, one day everyone will be able to read and understand the Quran without having to look at the translation.
I hope I can maintain my good work and be able to understand the Quran wthout referring the translation. Inshallah I will pursue level 2 part-time during next academic year.