Orang selalu bertanya kepada aku. "Bila balik Malaysia?" Aku jawab, "Tak balik tahun ni..." Kemudian akan disambung pula, "Kenapa tak balik, buat apa?" Bila sampai soalan begini, biasanya aku jawab ikut keadaan dan orang yang bertanya. Biasanya aku kata nak cari pengalaman, merasa hidup pada musim panas di tempat orang. Namun, sebenarnya niat nak cari pengalaman tu hanyalah tujuan sampingan, matlamat utama aku adalah mencari ilmu. Keputusan ini dibuat setelah berbincang dengan salah seorang sahabat aku yang telah pun pulang dan baru sahaja ber'akad nikah' minggu lepas.
Sewaktu aku sibuk menghadapi exam, macam-macam idea yang timbul. Terasa nak buat macam-macam. Nak dengar talk Hamza Yusuf, join program Subha 2007, pergi DID, nak copy notes dari kawan, nak belajar bahasa arab, baca buku, cari rumah, memanah, tolong Fauzan buat game dan sebagainya.
Tapi bila sudah selesai exam pada 18 Mei, lain pula jadinya. Tak ada satupun yang aku berjaya buat dengan sempurna atau capai. Kebetulan DID bermula sebaik sahaja selepas exam tamat. Tapi aku tak pergi sebab konon-kononya takut ader meeting group project, tak mahu terlepas. Subha 2007 tak pergi sebab tak register awal-awal dan tak ada kawan.
Apapun, minggu pertama lepas exam agak produktif. Aku berpeluang makan bersama WSWJ dan Fawwaz setelah mendengar talk tentang ideologi dan multiculturalism. Di samping itu, aku juga menerima kunjungan sahabat KMYS dari Liverpool, Ikmal, yang juga baru habis exam. Dia turun London nak lawat kawan-kawan yang nak balik 'for good'. Pada hari Rabu pula, aku berbabeque di rumah Ammir bagi meraikan sahabatku yang baru tamat pengajiannya, Firdaus. Pada hari Jumaat pula aku berjaya menyiapkan transkrip interview yang telah lama tertangguh.
Minggu kedua pasca-exam adalah minggu yang paling tenat for my mental and spiritual state. Tak ada benda yang bermanafaat yang aku lakukan. Nak keluar rumah pun malas time tu. Asik bermarathon Movie, dari pagi sampai malam. Habis semua cerita aku layan termasuklah Pirates of Carribean. Masa tu terasa bersalah jugak tengok sorang-sorang sebab roommate aku, Mat Lut tengah sibuk menyiapkan projeknya. Tapi apa nak buat lagi. Tambah pula keinginan melayan movie tak dapat dikawal sebab banyak cerita best-best. Kadang-kadang aku bertanya kepada diri sendiri, "Hidup apakah macam ni?"Akhirnya pada hari Khamis, aku memutuskan untuk berhenti melayan movie macam orang gila tu. Hari Jumaat kesokannya, aku ada group meeting bersama our external supervisor untuk Projek MEng di UCL. Petangnya pula aku pinjam notes dari kawan aku. Pada hujung minggu pula aku pergi dengar talk Hamza Yusuf di Euston.
Minggu ketiga. Alhamdulillah aku mendapat sedikit ketengan di jiwa. Buku yang aku beli semasa di gerai buku semasa talk Hamza Yusuf telah membantu aku untuk mengisi masa lapangku dengan perkara yang bermanafaat. Olahannya sangat menarik dan kandungan buku tersebut sangat berguna. Hujung minggu, aku pergi ke Bristol untuk melawat Amar yang akan pulang 'for good'. Inshallah, aku akan ceritakan dengan lebih lanjut di masa akan datang.
Kini. Minggu keempat. Prioriti aku berubah sedikit. Memandangkan bakal housemate dah free sedikit, aku menumpukan kepada usaha mencari rumah. Tapi hingga kini kami masih lagi belum menemui rumah yang sesuai. Agak sukar untuk mencari rumah yang besar tetapi murah di kawasan yang strategik seperti Bayswater. Minggu ini jugalah, aku baru berjaya mendapat kekuatan semula untuk menghadiri majlis ilmu bersama Ustaz Erfino di MSD setelah sekian lama tak pergi. Lepas menulis ini pula, ishallah aku akan pergi ke Lilleshall National Sorts Centre untuk menyertai BUSA Archery Competition. Kali ni aku tak bersedia sangat. Fitness pun berada di tahap yang sangat rendah. So, pergi kali ini just untuk cari pengalaman sahaja. Nak perform tu tak tahulah. (Kalau perform pun belum tentu dapat medal, tapi puas hati, tu ajer).
Rupa-rupanya, banyak betul halangan dan cabaran yang perlu aku hadapi dalam perjalanan untuk mencari ilmu ini. Kekangan utama adalah 'duit'. Kat sini semua pakai duit. Kedua, masa. Kalau nak join program-program biasanya kena daftar awal, tak boleh main taram ajer. Tempat selalu penuh. Tapi itu hanyalah alasan. Bak pepatah Melayu, 'Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih'. Sebenarnya niat dan azamku yang lemah. Kalau ada azam sudah pasti akan diusahakan sehabis baik dan perancangan dibuat dengan teliti bagi memastikan perkara yang ingin dilakukan dapat dibuat juga akhirnya.
Kini, lebih sebulan telah berlalu. Aku masih lagi belum berjaya mencapai matlamatku. Apakah aku berjaya memanfaatkan musim cuti di negara orang kali ini? Aku tidak mahu memberi jawapan yang tidak tentu arah lagi seperti "Entahlah Labu... Aku pun tak tahu nak buat apa. Tengokla nanti..." Moga-moga Allah membuka jalan kepada aku.
1 comment:
keinginan dah ada tinggal lagi tatbiq apa yg diinginkan...tp dah jd sunnatuLLAH apa yg kita rancang ALLAH yg tentukan...apa2pun byk kan istighfar salawat serta baca ayat 1000dinar...juga amalkan bacaan surah al-ikhlas agr kita dikurniakan ALLAH perasaan ikhlas kerana-NYA dlm melakukan semua tu...
saya pernah diberitahu oleh ustaz kt tmpt saya belajar ni..klw kita nak kan rasa ikhlas maka selama 40 malam berturut2 tunaikan solat malam..cubalah:-)
syed ikhwan
Post a Comment