Aku perasan sejak akhir-akhir ni, blog ni dah jadi macam pusat kaunseling pula. Macam-macam orang tanya. Macam mana program PEP? Macam mana nak berbaik dengan orang yang lebih tua dan sebagainya. Well aku bukan la pakar sangat, tapi kalau orang dah tanya, cube je lah kan, he he.
Ok, kali ini terasa nak mejawab soalan encik Anon yang bekerja di Pet tentang bagaimana nak berbaik dengan staff yang lebih tua dari kita. Well ada macam-macam cara dan pendekatan sebenarnya. Boleh guna taktik bersih atau kotor, tepuk dada tanya iman, hehe.
Walaubagaimanapun saya percaya Cik Anon (kalau lelaki pun orang kita dengar orang sebut cik juga kan?) mencari pendekatan yang baik/bersih. Bagi aku mudah saja, semua kita, tak kira tua atau muda, berpangkat tinggi atau orang bawahan, semua sama sahaja, yakni kita adalah manusia. Manusia punya hati juga akal.
Kita harus faham bagai mana pengaruh hati dan akal kepada pemikiran dan juga sikap mereka. Kalau sakit perut, semua ke tandas juga, kalau sakit hati semua marah juga, kalau senang hati semua gembira dan kalau perut terasa senang, hati jadi senang juga.
So pada pandangan aku, kalau kita nak bagi orang rasa senang dengan kita mudah sahaja, ikut sahaja kehendak mereka. Tapi itu bukan yang kita mahu, betul? Orang yang macam tu adalah orang yang tak berprinsip. So bagaimana memenangi hati orang sementara masih lagi berpegang kepada prinsip? Terasa macam politician pula bila bercakap tentang winning the heart of people ni, hu hu.
Sebenarnya tiada formula khusus, tetapi orang-orang berpengalaman selalu berpesan, kita kena sentiasa merendahkan diri. Bila berbicara jangan berbicara dengan bahasa authoritative, sebaliknya gunakan bahasa yang lembut. Dalam masa yang sama, kena tunjukkan contoh dan akhlak yang baik, barulah datang rasa hormat, bak kata skrip Cinta sempurna, "Respect has to be earned" Semua itu memerlukan kesabaran. Selain daripada itu, janganlah tunjukkan rasa 'takut' kepada mereka, sebaliknya sentiasa pamerkan keyakinan dan berikan pandangan penuh rasa kasih kepada mereka, kerana kalau tunjuk 'takut', nanti mudah bagi mereka memandang rendah kepada kita pula.
Apapun contoh yang terbaik, ikutilah sunnah Rasulullah, Baginda kan Uswatun Hasanah. Kalau rajin, bacalah buku The Prophet's Methods Of Correcting People's Mistakes. Inshallah berguna.
Setakat ini dahulu coleteh aku yang tak seberapa ni, kalau salah dan silap harap dibetulkan.
2 comments:
Sebenarnya, kalau nak lagi bagus, kena Solat Tahajud, pesan Ustazah Fauziah. Tapi itulah yang berat tu, hu hu.
"Orang yang macam tu adalah orang yang tak berprinsip."
assalammualaikum... kawan, macam mane kawan boleh judge seseorang tue tak berprinsip,walhal kerana dia tak ikut rentak atau cakap kita yang konon2 berpegang pada prinsip?
teman kurang paham sebenarnya maksud kawan,maybe dengan meletakkan salah itu pada individu lain,bermakna kita masih dilandasan yang betul dan berpegang pada prinsip yang kita tidak tahu samada prinsip itu betul atau salah...?
cuma pandangan teman aja,ni pun pasal dok carik topik usrah jumpa pulak blog kawan.
Post a Comment