Nak dijadikan cerita, lebih kurang 10 minit dari masa yang sepatutnya kerja dapat dijalankan, ada pula masalah yang timbul. Ada tripping kat substation yang aku patut buat kerja malam ni. Maka terpaksa ditangguhkan. Setelah berbincang dengan bos dan telefon sana sini, akhirnya kami berjaya mendesak agar tugas diteruskan. Alhamdulillah.
Memandangkan tugasan malam ini sangat penting dan menjadi perhatian pihak pengurusan tertinggi, maka aku telah diberi peringatan agar memastikan ia berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian, aku tidak pulang ke rumah setelah waktu pejabat tamat, terlalu jauh dan tidak berbaloi. Aku memutuskan untuk solat Isyak di masjid yang berdekatan dengan pencawang tempat aku bekerja malam ini kemudian makan dan seterusnya terus ke pencawang tersebut.
Masjid UIA menjadi pilihan. Ketika aku tiba di masjid itu, kedengaran suara orang berceramah di dalam bahasa arab. Apabila aku memasuki dewan solat pula, kelihatan beberapa orang khusyuk mendengar kuliah dalam bahasa arab itu. Di beberapa sudut yang lain, beberapa orang pemuda sedang membaca Al-Quran. Melihat pula kepada physical appearance jemaah di situ pula, banyak pula muka mereka yang lebih familiar rupanya ketika aku berada di UK dahulu berbanding di Malaysia (arabs and afrikans). Siap berjanggut tebal dan panjang.
Allah, beriktikaf di sana membuatkan aku teringat kembali akan kenangan-kenangan ketika di UK dahulu.... Terasa seronok sahaja melihat suasana di sana. Terasa seronok juga menjadi seorang pelajar ini. Selepas solat Isyak, boleh duduk-duduk dengan kawan-kawan sambil berborak bersama-sama.
Kini ia hanya tinggal kenangan. Satu pengalaman yang indah dan manis. Pahit pun apa kurangnya. Tapi bagi aku itulah satu tempoh yang sangat bermakna buat diriku. Akan ku abadikan dalam hidup ini dan kongsikan dengan generasi hadapan, insha-Allah
1 comment:
nasib baik ko datang time UIA cuti. tinggal foreigners je la. kalau waktu lain, maybe ko tidak akan terasa that nostalgic. heh.
Post a Comment