Hidup itu indah jika ada matlamat yang jelas dan baik.
Dalam menghadapi kehidupan di alam pekerjaan ini, tujuan yang jelas amatlah penting. Ujian-ujian yang dilalui kadang-kadang membuatkan diri ini terasa lemah dan mudah untuk berputus asa.
Jika difikirkan secara singkat, kadang-kadang terasa tidak berbaloi sahaja berusaha keras tetapi tidak mendapat ganjaran yang sewajarnya. Kalau rajin lebih pun bukan dapat gaji lebih. Terkadang, apabila tertekan pula, suara-suara halus berbisik, "Bukan salah aku, aku tak nak buat kerja ini pun, diorang yang 'menculik' aku buat kerja ini"
Tetapi, Alhamdulillah, apabila teringat akan niat asal aku bekerja, sekurang-kurangnya ia menjadi terapi buat diri ini ketika menghadapi kesukaran dalam pekerjaan. Sekurang-kurangnya aku setkan dalam diri ini agar gaji yang kuterima adalah bebas dari keraguan, oleh itu, aku perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh agar tidak makan gaji buta sahaja. Apa yang terjadi selepas itu, nasib lah.
Seterusnya ketika menyedari sebenarnya dengan bekerja ini, aku sedang berusaha di atas jalan mendapatkan alat untuk membahagiakan mereka yang dekat di hati ini. Insha-Allah dengan rezeki yang diperoleh dari hasil kepayahan ini, mungkin sedikit sebanyak dapat digunakan untuk menggembirakan hati mereka. Maka rasa berat menanggung bebanan kerja itu pun hilang.
Dari itu, dapatlah sedikit sebanyak difahami kenapa pejuang agama Allah tidak kisah mengharungi gelora badai dalam usaha menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini kerana mereka tahu nilai dan matlamat amal mereka itu. Yang susah pun terasa indah.
1 comment:
tinggal beberapa bulan lagi .. :-)
Post a Comment