Thursday, 9 April 2009

percayalah

Sewaktu memikirkan topik yang nak ditulis kali ini, tiba-tiba tajuk lagu Siti terlintas di kotak fikiranku. Walaupun aku tak tahu liriknya, tak kisah. Asalkan ia sesuai dengan tema entry kali ini.

Kehidupan ini kadangkala terasa seperti ilusi. Ada ketika apabila melalui detik-detik tertentu aku terasa macam tak percaya dengan apa yang berlaku. Antara peristiwa yang paling aku ingat sehingga kini ialah ketika aku hendak fly ke UK. Sebelum fly aku amat takut sekali kalau-kalau tak dapat fly. Tapi alhamdulillah, aku diberikan rezeki untuk sambung ngaji di UK. Tiba masa naik kapal terbang, aku terasa gembira, tetapi dalam masa sama terasa seperti tak percaya aku dapat gi UK juga akhirnya apatah lagi ke universiti pilihan pertamaku. Begitu sukar sekali untuk aku menghuraikan perasaan itu. Bagi sesiapa yang pernah melalui pengalaman 'rasa tak percaya' mungkin boleh memahami maksud ku ini.

Hairan juga ya, kenapa kadang-kadang kita terasa susah betul untuk menerima hakikat kehidupan. Kalau dalam bab-bab berita buruk selalu orang katakan self-denial. Mungkin juga kadang-kadang kita terasa seperti sukar untuk mencapai sesuatu perkara dan tiba-tiba kita dapati kita sudah mencapainya. Atau mungkin juga kurang persediaan diri bagi menghadapi kenyataan tersebut.

Ah apa yang aku merepekkan ini... Nasib lah. Kalau tak ada pengajaran abaikan sahaja entry ini. Sekadar menulis bagi menyalurkan keserabutan di kepala dan kecamukan di dalam hati. Hu hu...

2 comments:

Anonymous said...

Salam

Saya juga melalui pengalaman "rasa tak percaya" itu :-)...Memang sukar untuk dihuraikan, namun pada sesiapa yang melaluinya itulah pengalaman berharga buat mereka...Terbang jauh ke UK untuk melanjutkan pengajian memang satu pengalaman yang cukup berharga yang tidak dapat digambarkan dengan kata2...memang rasa tak percaya...Saya juga melalui situasi takut2 kalau tak dapat fly tempoh hari...Satu perasaan yang tak dapat dihuraikan...takut dan berdebar silih berganti...Namun,Alhamdulillah, Allah SWT beri rezeki untuk saya berada di bumi UK ini...Syukur yang teramat...

All the best ye...

Teruskan menulis...

Salam dr Preston,Lancashire UK

Azlan @ ABN said...

terima kasih.