Monday, 6 April 2009

what a refreshing week

baru sahaja melalui minggu yang sangat menarik. terasa sangat seronok kerana ada macam-macam idea nak tulis dalam blog. mulanya bercadang nak ubah cara penceritaan tapi tak dapat sebab kekurangan masa (alasan). Jap lagi kul 10 mlm kena gi Telekom Tower sebab ada PD detected on the CB. Anyway baik aku tulis ajer sementara ada masa ni.

> Selepas OBM ada kursus effective presentation skill di ILSAS. Mula-mula terasa sangat tak bersemangat dan benci dengan kursus itu kerana aku dipaksa untuk explore dan apply teknik baru dalam menyampaikan presentation dan speech. Kaedah presentation yang biasa digunakan di uni dulu macam tak cukup. Kami kena gunakan segala 'aset' termasuklah suara (intonasi & sebutan), gaya badan, eye contact, gaya bahasa dan teknik penceritaan yang khusus. Bila fikir balik, bagus sebenarnya. Baru aku sedar aku jadi benci kerana ia memaksa aku berada di luar zon selesa. Kemudian aku telah mengubah persepsi dan sikap aku demi menggarap ilmu dan kemahiran yang diajar. Secara umumnya aku sangat puas hati dan enjoy kursus tersebut terutamanya berkaitan persuasive speech. Cuma ada satu moment yang agak memalukan aku iaitu apabila terpaksa memberi impromptu speech on 'How to attract the opposite sex'. Semua orang excited nak dengar macam mana speech aku time tu. Bila present, orang bagitau muka aku jadi merah. Mana taknya aku mana suka sembang pasal benda2 ni. Tapi satu pengalaman la. Harap-harap lepas ni tak de lagi.

Sempat jumpa Hadigan, sembang-sembang. Siap tanya bila nak kawin lagi. Hmm macam biasa aku cakap, 'tak tau la...' Similar question raised by my friends during 'after OBM party' (makan-makan biasa je). Again I told them the same answer.

> selepas kursus sempat melawat Bro Saif di rumah kebanggannya di Park Seven tu. Memang class la. Superb. Sempat juga berenang. Best, lepas ni kena belajar berenang betul2.

>Jumaatnya aku pergi ke Ulu Yam untuk daji Fasilitator untuk MUSCOM Camp. Mula-mula terasa berat juga sebab terlalu letih, terasa macam nak tangguh ke hari Sabtu sahaja. Bila sampai, terasa cuak bila jalan masuk kampung tak jumpa2 Eco Resort tu. Alhamdulillah akhirnya selamat sampai. Sedikit kecewa apabila melihat keadaan Eco Resort tu, indah khabar dari rupa. Dalam internet bukan main lawa. Tapi bila tengok macam biasa sahaja. Tapi tak perlah aku dah merasa sesuatu yang lebih teruk sewaktu OBM dulu. 

Aku dapat beberapa berita yang mengejutkan. Pertama sekali kawan baikku ditimpa kanser.Hebat sungguh ujian ke atasnya. Semoga Allah meringankan beban buat dirinya. Kedua seorang lagi kawan baikku telah berkahwin atau akan berkahwin dalam masa terdekat ini. Kenapa dia tak beritahu aku, aku pun tak faham, terasa tak puas hati pun ada.

Sebagai fasi, kali ni aku agak diam. Mungkin kerana letih OBM tak hilang lagi. Tapi akhir2 program dapat tenaga sikit dan Alhamdulillah dapat beri sedikit sumbangan. 

Dalam pengisian, maca-macam ilmu baru dapat ditimba. Terasa rendah diri apabila topik berkaitan dakwah dan study mesti no 1. Terkenang balik masa study dulu main-main ajer. Menyesal pun ade. 

Ada juga terfikir tentang 'perubahan'. Teringat kawan aku yang sakit itu yang sangat hebat orangnya. Mula-mula kenal dia macam orang biasa sahaja tapi di tahun akhir di kolej aku telah nampak perubahan yang baik dalam dirinya. Bila di UK, kehebatannya dak tak terkejar lagi. Reflect balik kepada diri sendiri, kenapa tak mahu berubah atau kenapa tak boleh berubah. Aku simpulkan sebenarnya ia hanyalah kerana hati itu yang tak mahu berubah. Andai aku mengizinkan diri ini berubah, sudah tentu aku menjadi orang yang lebih baik dari sekarang.

Di akhir program terasa sangat seronok sebab dapat ilmu, refresh balik semangat, dan make friends. Rasanya tu lah apa yang aku terasa kehilangan sebelum ni. Rasa sangat lega apabila menemui jawapannya.

ini sahaja yang sempat aku coretkan. jam sudahpun pukul 9.55, kena siap2 gi kerja.

1 comment:

mardiah said...

wow. 9.55 x start keje lagi? best nye hidup.