Aku terpinga-pinga mendengar kata-kata ustazah itu kepadaku. Apa maksud ada angin. Setelah beberapa lama, barulah aku tahu ia merupakan simpulan bahasa yang bermaksud orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.
Bagus betul telahan ustazahku itu, walaupun ketika itu aku hanya berada di darjah 4. Sampai sekarang aku rasa aku masih lagi tidak berubah dari aspek itu. Aku terlalu mudah teruja apabila menemui sesuatu yang menarik dan juga mudah melenting apabila tertekan. Hu hu...
Hari ini sahaja aku aku merasai pelbagai perasaan. Cuak di awal pagi kerana tidak siap kerja. Tenang ketika hampir tengah hari sewaktu menghadiri meeting MRCC. Kemudian sekembalinya ke pejabat, aku rasa tertekan pula kerana didesak untuk mendapatkan urgent shutdown untuk hari ini juga. Semuanya perlu diuruskan dalam masa 2 jam sahaja. Baik mendapatkan AP, menghubungi kawasan bagi mendapatkan orang dan bahan, juga menguruskan jobsheet. Nasib baik ada technician yang free, tak perlu aku berkejar ke Sg Pusu untuk menguruskan shutdown itu. Aku hanya mengutuskannya untuk membantu menyampaikan pesananku dan juga melaporkan segala aktiviti yang berlaku di sana.
Tapi yang paling memberi kesan kepada aku adalah peristiwa petang tadi. Ketika aku sedang berbincang untuk menentukan jadual shutdown yang berikutnya, aku didatangi oleh seseorang. Dia bertanya macam-macam, aku pun menjawab sahaja. Tiba-tiba dia bertanya pasal bayaran kepada kontraktor. Bagaimana dengan pembayaran dan adakah aku monitor. Dia mempersoalkan kenapa tidak monitor. Serta memberi amaran bahawa dia tidak mahu ada kes hutang seperti generasi sebelumnya.
Aku amat terkejut mendengar hal itu kerana inilah buat pertama kalinya aku diberitakan hal itu. Sebelum ini, aku disuruh buat jadual shutdown dan repair works sahaja. Kenapa tiba-tiba isu ini timbul dan seterusnya aku dipersalahkan.
Aku tidak dapat duduk diam apabila hal ini terjadi, terus aku melenting. Aku pun mengatakan tidak patut buat macam ni, sebelum tak bagitau kat saya pun dengan nada yang agak keras. Aku berasa sangat puas. Aku berjaya meluahkan rasa hati dan fikiranku. Aku fikir adalah menjadi hak aku diberitahu terlebih dahulu sebelum terus dihukum, in this case kena bambu la. Aku berjaya melepasi tembok yang biasa menjadi penghalang untuk aku berbicara. Aku tidak lagi pasrah seperti kisah membeli kopi dahulu.
Apapun, orang itu tidak mengambil hati. Alhamdulillah. Satu pujian harus diberikan. Aku melenting mungkin juga kerana tekanan yang sebelum ini sudah memuncak sebelum kedatangannya. Mungkin juga kerana keletihan, berfikir dan berurusan menyelesaikan masalah shutdown sebelumnya.
Aduh, inilah gara-gara bekerja di kawasan yang penuh dengan manusia consumerist. Those who consumes a lot and expect highly on us. Kalau aku fikir cara keji sikit, semua kerja susah payah aku ini hanyalah untuk memenuhi kehendak dan keinginan manusia untuk hidup senang lenang. Tidak boleh lekang walau sesaat daripada bekalan elektrik. Jika tidak, parah.
No comments:
Post a Comment