Oh, sebenarnya bukan fikiranku yang buntu tetapi sebaliknya otakku telah tepu dengan hal-hal kerja sehingga tak ada ruang lagi memikirkan untuk menulis. Disebabkan ditegur oleh seorang kawan lama di Grik dahululah, aku menggagahkan diri untuk menulis juga biarpun belum tahu lagi apa yang nak diceritakan.
Mungkin elok juga aku ceritakan apa kerja terbaru aku sekarang ini. Sekarang aku telah ditugaskan sebagai jurutera senggaraan 33 kV, walaupun surat yang baru dihantar oleh HR Division baru-baru adalah sebagai jurutera Perlindungan. Ah itu politik kerja, tidak perlu dimasukkan di sini he he. Oops lari topik. Sebagai Jurutera Senggaraan, aku dikhususkan menguruskan kerja-kerja CBM. Kerja menguruskan senggaraan pencawang dilakukan oleh jurutera senggaraan yang lain.
CBM bererti Condition Based Monitoring. Kerjanya adalah untuk melihat, mendengar dan mengukur kadar kesihatan pepasangan elektrik di dalam pencawang. Dengan menggunakan alatan yang sesuai, kita dapat melihat kadar kepanasan, bunyi dan ukuran Transient Earth Voltage yang dikeluarkan daripada pepasangan tersebut.

Fuse link yang panas

Link box dan earthing cable yang terlalu panas
Kepanasan dilihat dengan menggunakan infrared camera seperti dalam cerita predator tu. Sama seperti manusia, kalau demam suhunya akan naik. So kalau suhu terlampau tinggi, kenalah diubati. Maka adalah menjadi tugasku untuk menguruskan orang memperbaiki alat yang kepanasan itu agar kesihatannya kembali normal.
Begitu juga dengan bunyi, kalau manusia, doktor menggunakan stetoskop untuk mendengar degupan jantung dan kelancaran pernafasan. Maka dengan menggunakan mikrofon dan amplifier berprestasi tinggi, kita akan dapat mendengar bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh alat-alat yang bermasalah. Sama seperti orang yang lelah, tentu bunyinya kuat dan lain macam. So prinsip yang sama juga digunakan dalam hal ini.
Menurut TKJ ku, kerja-kerja ini sangat penting kerana ini merupakan benteng pertama dalam mempertahankan daya harap sistem pembahagian. Kalau nak mengharapkan routine maintenance atau preventive maintenance, ia terlalu lambat. CMB dijalankan setiap 6 bulan dan 2 buan bagi pencawang yang sangat penting. Malah jika berharap kepada kaedah biasa sahaja, kejanggalan tersebut belum dapat dipastikan dapat dilihat dengan mata kasar.
Harap-harap tidak ada yang pening membacanya. Aku cuba mengelakkan menggunakan jargon di dalam menerangkan hal ehwal kerja aku ini.
Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com
.bmp)
5 comments:
abn,
entry ko ni tak mendedahkan rahsia syarikat ke?
atau memberi kelebihan kepada syarikat pesaing?
huhu..
kenapa haru begitu? tiada sebarang maklumat yang didedahkan. sekadar ilmu pengetahuan yang general sahaja. Boleh cari dalam internet juga.
aku pernah mendengar penerangan tentang diagnosis by noise and vibration bagi peralatan dan jentera. menarik!
hehe, kitorang pun buat gak. semua benda sekarang nak go by condition based. not only that, risk based. maknanya, ada benda yg risk rendah, kita run tu fail saje
Ye betul. Penting bagi mengelakkan tragedi yang lebih buruk dan merugikan. Alat-alat berjuta-juta, macam tu lah caranya nak menjaganya
Post a Comment