Sunday, 13 December 2009

Vicious cycle

Aku ingin berkongsi sedikit penemuanku ketika membaca sebuah buku yang ku terima dari seorang rakan ketika program orientasi pelajar Isnin lepas yang bertajuk KUASA HIJRAH KUASA UNTUK BERUBAH. Pada mulanya aku agak sceptic dengan buku ini, sebab aku anggap semua buku motivasi ini sama sahaja, nak cari untung je lebih. Hu hu, maaf lah para penulis dan motivator sekalian. Apapun, setelah membaca aku rasa bagus sekali buku ini.

Penemuan ini sebenarnya adalah perkara biasa sahaja. Ringkasnya ia berkaitan pandangan hidup i.e. perspective/paradigm. Ada satu bahagian dalam buku ini yang menyentuh tentang Mentaliti Mangsa dan Mentaliti Juara. Membaca bab ini membuatkan aku teringat akan peristiwa pada suatu pagi Jumaat di pejabatku, (cerita ini aku belum publish lagi, sebab tiba-tiba jadi panjang, tak larat nak habiskan).

In a nutshell, bos aku telah bertanya tentang perasaan dan pandanganku tentang tanggungjawab yang aku galas ketika ini dan kemudian memberikan beberapa nasihat dan kata-kata perangsang. Katanya, kalau kamu stress dengan deadlines, kamu harus mengambil langkah proaktif dengan menjalankan kerja-kerja kamu lebih awal yakni sebelum saya tanya. Apabila tiba masa saya bertanya akan kerja itu, kamu jawab, sudah siap bos, kamu dan saya, sama-sama berasa lega dan senang hati.

Selepas sesi motivasi pagi bersama beliau itu, aku terfikir , "Betul juga katanya itu, kenapa aku tak pernah terfikir sebelum ini?". Aku rasa jawapannya terletak kepada cara fikirku.

Sebelum itu, aku hanya memusatkan pemikiranku kepada keadaanku yang begitu menekankan, apatah lagi merasakan diri mangsa keadaan. Maka setiap ketika aku teringat akan perkara yang menekan atau melalui detik-detik yang menekan, aku pasti kembali memikirkan peristiwa yang menjadikan aku mangsa keadaan itu dan juga keep recalling perasaan tertekan itu. Maka lagi difikir, lagi tertekan, sehingga lupa apa yang aku perlu aku lakukan. Itulah yang dinamakan mentaliti mangsa, Ustaz Hasrizal pernah mengumpamakan orang sebegini ibarat orang yang memberikan remote control hidupnya kepada orang lain.

Menyedari dan memahami apa yang harus aku lakukan, terasa sedikit lega sebenarnya. Kini aku sudah ada jalan keluar daripada perangkap kitaran stress itu, iaitu dengan bertindak lebih proaktif.

Source: http://wellcoregroup.com/images/diagram2.jpg

Cuma, pada permulaannya terasa amat sukar sekali untuk mengubah cara aku berfikir kerana rasanya lebih selesa meletakkan kesalahan itu kepada orang lain dan tidak best pula melepaskan mereka daripada 'kesalahan menculikku ke unit lain', he he.

Kesimpulannya, jika stress, usahlah fikirkan sangat tentang stress itu sendiri kerana anda akan terus stress atau lebih stress dengan berbuat demikian. Sebaliknya pusatkanlah tenagamu untuk mencari jalan keluar. Melayu kata, cari cara untuk mengatasi masalah, but in English 'find ways to get around the problem'.

Wallahua'lam



Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

1 comment: