Thursday, 6 August 2009

Apa itu perkahwinan?

Melihat gambar-gambar perkahwinan Ikmal di Facebook membuatkan aku teringat akan satu persoalan yang kadang-kadang tenggelam timbul dalam kotak fikiranku ini.
Apa itu perkahwinan?
Sudah banyak ceramah yang aku dengar tentang perkahwinan. Tidak kurang juga membaca mengenainya. Kalau dilihat kitab-kitab, semuanya hampir sama sahaja. Akan bermula dengan hadith-hadith kepentingan mendirikan rumahtangga, kemudian panduan memilih pasangan, seterusnya hukum hakam dalam perkahwinan dari sebelum bernikah hinggalah kepada membesarkan anak.

Walaubagaimanapun, sampai sekarang aku masih merasakan ia seakan-akan suatu misteri. Sesuatu yang begitu sukar untuk aku garap maknanya. Apakah ertinya yang sebenar? Bagaimanakah ia boleh menjadi sehingga separuh daripada agama? Dan, apakah aku bersedia menghadapinya? Betullah kot kata Ust Has, kena kahwin dulu baru tau. Hu hu.

Ramai dah kawan-kawan yang mendirikan rumah tangga. Tahniah dan semoga berbahagia buat kalian. Setiap kali pergi ke kenduri kahwin, yang mana wajib bagi kita hadiri sekiranya dijemput, aku tumpang gembira. Cuma terkadang, termenung seketika memikirkan persoalan di atas...


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

3 comments:

Nurul said...

kadang hairan jugak, orang lain suka suki kawen,bertunang, couple etc.. semuanya soal hati kot, selagi Allah lom temukan ngan jodoh kita, selagi tu lah rasa x nak kawen lagi...gipon,kawen tu separuh dari agama,mmg besar tanggungjawabnya,,mistaqan ghazilan 0_0

SK said...

Hang pikir banyak sangat. Kawin je la! Banyak keje lain lagi kita nak kena buat. Tapi kalau spend masa pasal kawin je, bila masanya nak spend masa utk pikir benda lain?

Pastuh nak kena pikir pendidikan anak2. Adakah nak bring up anak sebagai anak sendiri atau biarkan ia keliru antara parents sendiri dgn bibik yg mendidik dan mengasuhnya setiap hari? :)

Cheers bro :)

Azlan @ ABN said...

Ha ha. Hang dah kawin ka? Semangat semacam ja.

Sebelum berkahwin kena piki dulu, persediaan awal...