Thursday, 20 August 2009

The workstations

Ketika membelek-belek gambar di dalam album Picasa 3 ku, tiba-tiba pandanganku tertarik kepada gambar yang sangat ringkas ini.

Ya sememangnya tidak ada apa-apa sangat di dalam gambar ini. Hanyalah sebuah meja yang penuh dengan ala-alat keperluan belajar ala-ala pejabat dengan susunan yang kemas. Terasa senang sekali melihatnya. Tapi ini gambar ketika x buat kerja, kalau dak mula kerja sure berselerak. Apapun inilah dia tempat yang menyimpan pelbagai kenangan buat diriku sewaktu tahun keempat di UK. Meja pelbagai fungsi sebenarnya, meja study-tempat berhempas pulas menyiapakan projek akhir tahun dan juga last minute revision sebelum final exam, tempat meletak teh WMA, tempat menghidang makanan buat tetamu, tempat meletak wallet para tetamu undangan dan tidak kurang penting, tempat main game bagi ahli rumah, hehe.

Meja tahun ketiga. Sempit sahaja.

Meja tahun kedua. Ini barulah dikatakan susunan yang menggambarkan suasana sebenar. Tetapi komputer twinhead dan PDA tu bukan milikku. Ia adalah milik orang kuat FOSIS suatu ketika dahulu.

Meja tahun pertama. Ruangan yang mewah. Luas sekali.

Aduh Suhaib, memang betullah hatiku masih lagi di UK, tengok gambar-gambar ni buat nostalgia je....


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

2 comments:

imakubex said...

Ni tipu ni.

Komputer yang muncul secara tiba-tiba pada satu petang tidak kelihatan

Azlan @ ABN said...

mana ada tipu... betullah tu. Aku suke gambo ni. Kalau nak desktop baru tu, kena carik lain aa. Malas aku