Nampaknya junior-junior ku ramai yang sudah pulang ke Malaysia dan sudah dipanggil untuk temuduga PEP ke 34. Wah cepatnya masa berlalu....
Ok adik-adik, pertama sekali kalau nama temuduga, mana-mana kompeni same je. Bace je panduan di internet tu. Apa yang ada kat internet tu benda yang basic dan common la. So aku tak perlu terangkan pasal tu. Lagipun aku tak bercadang nak tulis panduan yang panjang lebat kat sini.
Secara ringkasnya mungkin ini beberapa perkara yang korang patut tahu
- Be Confident
TNB sangat suke kepada calon-calon yang mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi. Asal ada peluang untuk menonjolkan diri sahaja, ambil. Biar nampak macam mencapub atau poyo. Tak pe bukan salah pun, itu usaha nak mencari rezeki yang halal juga. Asal niat korang suci murni sudah. Suara mesti dikeluarkan dengan kuat dan dengan penuh ketegasan/keyakinan. Aku pernah kena tegur dalam bab suara terlalu lemah. Kalau time speaking tu, pastikan ade accent british or american sikit, biar diorang teruja sikit, maklumlah mostly orang agak superficial di Msia ni, hu hu. - Basic knowledge
Mana-mana kompeni, korang kena tahu lah, maklumat pasal misi,visi, bahagian dan siapa orang-orang besar. Benda-benda tu boleh cari dalam website korprat TNB - Soalan
Macam-macam soalan yang boleh ditanya. Bergantung kepada siapa ahli panel yang menduga korang. Tapi basically boleh dipecahan kepada beberapa kategori soalan seperti personal background, academic skills and knowledge (final year project etc), technical skills and knowledge, your career aspiration, your perspective on TNB. Kalau nak tulis semua, tak tidur pula aku (dah ngantuk ni). Ambil peluang untuk nyatakan hasrat atau minat nak kerja di division mana. Kalau nak keje dengan aku, mintalah protection KL, hehe. Kalau dia tanya kenapa KL, cakap je ko sukakan cabaran, KL memang sangat mencabar. Aku tahu protection kat KL tak cukup orang. Aku buat CBM je. - Impress the panelist
Again, confidence is the key. Tak perlu menggunakan ayat-ayat bombastik, cukup dengan mengeluarkan idea dengan jelas dan teratur. - Make dua and tawakkal
Above all, Allah jua yang menentukan, kita hanya berusaha, rezeki Allah dah tentukan. Kita minta agar Dia mengurniakan kita jalan yang terbaik untuk kita di dunia dan di akhirat sana.
Itu ajelah yang mampu aku fikirkan buat sementara ini. Macam aku ceritakan sebelum ini, pengalaman interview aku bukanlah suatu yang menyenangkan, so aku tak dapat memberikan banyak petua kerana aku terlalu beremosi ketika itu, hu hu.
Wallahua'lam
1 comment:
Salam. Boleh tak nak tahu dgn lebih lanjut assessment yg dikendalikan mase PEP tu?
Post a Comment