Anger Management
Suatu hari ketika aku duduk bersarapan, Pak Cik Rahim Bertanya, "dah kerja?"
Aku pun menjawab " Ya, kat TNB Distribution Kepong"
Kemudian sambil tersenyum, Pak Cik Rahim berkata, "Welcome to the real world"
Pada ketika itu aku rasa aku dapat memahami kata-katanya itu. Berdasarkan pengalamanku berinternship dan juga bekerja di Malaysia Hall dapatlah aku nampak sedikit-sebanyak cabaran-cabaran dalam dunia pekerjaan ini.
Walaubagaimanapun, peristiwa hari ini membuktikan aku sebenarnya aku masih lagi benar-benar faham akan erti kata-katanya itu. Aku hanya baru di tahap mengetahui. The real world sememangnya penuh dengan cabaran. Cabaran-cabaran inilah yang menyebabkan kita diregangkan sehingga kadang-kadang terasa begitu sakit sekali.
Ceritanya begini. Aku telah meminta rakan sekerjaku buat kerja sikit. Atas rasa semangat waja, aku pun push dia buat kerja cepat-cepat sedikit. Katanya OK saja.
Kemudian apabila seorang rakan sekerja yang lain bertanya kepadanya, "Buat ape tu?"
"Buat ni... Tambah details, abn suruh. Saje je layan dia, entah kenape dia semangat sangat hari ni"
Terdengar kata-katanya itu, aku terus meletup "Ooo, dengan aku x cakap ape-ape, dengan orang, kutuk aku. Panas ni.." memang terasa panas juga telinga masa tu. Nasib baik perasan cepat, cepat-cepat mengawal diri.
Itu je ceritanya. Tak de la teruk sangat. Walaupun dia berniat nak bergurau sahaja tapi aku amat terkesan.
Begitulah manusia, ada macam-macam jenis. Aku jadi panas kerana merasakan ada unsur-unsur hypocrisy di situ. Aku lebih rela permintaanku ditolak awal-awal daripada hanya membuat kerja sebagai 'melayan kerenahku' semata-mata. Apapun itulah manusia. Manis berkata-kata, tetapi di dalam hati siapa yang tahu.
Renungan buat diri ini
Mungkin juga betul katanya. Orang tengah sedap-sedap berehat setelah bekerja keras terus suruh buat kerja lain. Tak kasi chance langsung. Mungkin juga apa yang aku suruh tu tak reasonable. Lain kali kena lebih considerate dan jaga timing.
Melihat kembali reaksi aku ketika itu membuatkan aku terfikir apakah aku berbuat baik terhadap orang dengan harapan orang lain akan berbuat baik kepada diri sendiri? Apabila berlaku peristiwa yang sebaliknya, aku jadi marah. Sepatutnya orang yang ada sifat Ihsan akan melakukan sesuatu pekerjaan dengan sehabis baik tanpa mengharapkan sebarang balasan melainkan keredhaan Allah semata-mata. Jadi, kalau tidak mendapat balasan atau diberikan tuba, tak ada masalah baginya. Banyak lagi kena improve ni...
p/s; Time-time kerja memang macam ni. Ni baru sikit, belum lagi kena bambu oleh bos etc. Tulisan ini tidak bermakna sebagai memendam rasa. Sekadar menukilkan sedikit pengalaman sebagai peringatan kepada diri sendiri agar sentiasa stay in control.
4 comments:
Pengalaman hidup mengajar aku supaya x payah nak berharap pada manusia sbb ada possibility utk dikecewakan (as you said: x dibalas baik atau dibalas tuba). Sbb tu Allah suruh minta dkt Dia sbb org lain tu pun Dia yg bagi juga. Sbb tu bila buat baik, kalau org balas baik or ucap terima kasih, Alhamdulillah. Tapi, kalau x dpt, x payah berharap dgn org. Berharap dgn Tuhan cukup. Adey, mengingatkan diri aku sebenarnya.
salam, makaseh encik Azlan, peringatan utk diri saya jugak huh, tulah bila rasa terlanjur marah kat org cepat2 minta maaf...ada satu ungkapan nak share "org yg ingin dirinya dihargai, adalah org yg x da harga diri" hurmm entah betul entah tidak fikir2kan
tq
welcome to the real world, where people first keep their but safe, taking pride of others' work, and Sivajee the boss is always right.
It's true indeed, that it is the pig that has the flu, but the swine get the name.
-amar-
welcome to the real world, where people first keep their butt safe, taking pride of others' work, and Sivajee the boss is always right.
It's true indeed, that it is the pig that has the flu, but the swine get the name.
Post a Comment