Monday, 11 May 2009

Hujung minggu yang padat

Setiap kali bila hujung minggu hampir tiba, akan kuberitahu kepada rakan sepajabatku bahawa aku tidak akan membuat kerja pejabat sewaktu hujung minggu kerana aku ada banyak perkara lain yang perlu dilakukan. Biasanya ada aktiviti keluarga, aktiviti kejiranan, berjumpa kawan-kawan atau kerja-kerja amal. Kalau tiada sebarang agenda, aku akan duduk berehat bersama keluarga sahaja di samping mengemas dan membuat kerja-kerja rutin yang sudah lama ditinggalkan.


Sejak beberapa minggu ini aku tidak buat apa-apa sangat kecuali menghadiri majlis keduri kahwin orang. Setakat minggu lepas, sudah 3 minggu berturut-turut aku pergi kenduri kahwin. 3 minggu yang lepas, aku menghadiri kenduri kahwin jiran lamaku. Seorang jiran di Grik, Husna - Adik Zuhdi dan seorang lagi jiran di Perai, Kak Salizah. Masa kecil-kecil dahulu rasanya pernah juga bermain-main sekali. Kini mereka tinggal di sekitar Selangor sahaja, so kenduri diorang pun kat selangor sahaja la. Di majlis kenduri mereka, sempat juga bertemu dengan kawan-kawan ayahku. Sebahagian besar dari mereka aku kenal semasa tinggal di kuarters TNB. Seronok juga bertemu dengan mereka, tapi segan pun ada sebab ada sesetengahnya aku tak ingat sangat, maklumlah dah lama tak jumpa.



2 minggu lepas pula aku sempat ke kenduri saudara Muhammad Syafiq Shaziman @ Jim. Dia merupakan rakan sedorm (form 1 - 3) dan sekelas ketika (form 1 - 2 ). Dia jugalah orangnya yang mula-mula memanggil aku ABN. Mula-mula dengan tujuan mengejek. Biasalah budak sekolah... Kemudian Badonglah yang mempopularkan namaku sebagai ABN. Mulanya aku memang tak suka. Tapi akhirnya aku pasrah saja, lagipun ia tidak membawa makna yang buruk, ABN = Azlan Bin Nazari.

Sabtu lepas pula aku dan Mat Lut telah ke kenduri Nurul Zarina, x-penghuluwati Pep 33. Ramai juga rakan-rakan PEP 33 yang lain turut pergi. Cuma rakan-rakan engineers yang lain tak ramai yang pergi. Mungkin kerana mereka sibuk.

Beberapa minggu lagi tak ada jemputan tadi bermula hujung bulan, jemputan banyak kembali. Dairi ku hampir penuh dibuatnya. 

30/5 - Qistina & Kamil - KMYS
06/6 - Kamil & Qistina - KMYS
07/6 - Aiman Zamin - KMYS
09/6 - Muadzam - TNB
21/6 - Munzir - KMYS

Sekakat ini itu sahaja. Kalau ada yang terlepas, jemput-jemputlah aku. Aku memang suka pi kenduri ni. Inshallah kalau mampu aku gi. Bagi aku inilah masanya untuk bertemu semula rakan-rakan yang dah lama tak jumpa. Kepada mereka yang sudah dan bakal mendirikan rumahtangga, aku doakan semoga perkahwinan kalian diberkati Allah. Make dua for me too yang tak tahu entah bila pula. Hu hu


1 comment:

namasayaialahnamasaya said...

ait, cam sama hobi kita, beramah mesra dgn masyarakat hehe