To fail to plan
is to plan to fail
Kata-kata "Failure to plan = plan to failure" seringku baca ketika hendak masuk ke surau di tingkat 12 di pejabatku. Ia sering diibaratkan seperti berlayar di laut lepas tanpa kompas. Untuk mempunyai plan, kita perlukan satu visi yang jelas. Tanpa matlamat yang jelas, bagimana kita tahu ke mana halatuju kita, ibarat bermain bola tanpa gol atau skittle (kon). Sebab itu dalam Islam, kita amat ditekankan untuk memahami maksud dan tujuan kita dihidupkan di muka bumi ini. Dengan itu dapatlah kita memasang niat atau orang tua-tua selalu kata, nawaitu yang betul dan tepat. Dengan niat yang tuntas, jalan yang dipilih biasanya jalan yang betul juga.
Persoalan tentang masa depanku seperti career path juga bergantung kepada persoalan visi hidup juga. Buat masa ini aku masih lagi belum mempunyai sebarang perancangan yang jelas tentang career path yang ingin aku pilih. Apa yang aku tahu, aku membayangkan jika tua kelak, aku dapat mengumpul sedikit sebanyak harta kekayaan yang cukup untuk kesenangan hidup dan juga kesenangan orang di sekeliling hidupku untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat, inshallah. Tetapi bagaimana dan jalan manakah yang perlu aku pilih masih lagi terbuka luas.
Aku boleh memilih untuk bersama dengan syarikat yang aku berkhidmat sekarang atau melompat ke syarikat lain setelah tamat kontrak kelak atau juga menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Jika aku memilih untuk bekerja terus dengan kompeni aku bekerja sekarang ini, aku harus memilih samada mahu memilih jalan managerial atau technical expert. Masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. Tetapi ia juga mempunyai kekurang yang tersendiri. Ketika minggu orientasi dahulu, aku pernah memberitahu diri sendiri, aku hanya akan stay sekiranya aku ada nampak jalan ada peluang jadi VP. He he, inspired by Dato' Kamaruzzaman bin Jusoh. Cuma nak jadi VP ni, biasanya offered bila dah dekat-dekat nak pencen la.
Tetapi untuk mencapai jawatan tersebut, aku perlu memilih jalan managerial. Dalam usaha mencapai kedudukan setinggi itu, aku perlu menempuh pelbagai cabaran dan peristiwa yang bakal memecahkan kepalaku. Yang bagusnya, ia sentiasa menawarkan cabaran dan peluang untuk mengembangkan potensi diri dari segi human skills. Setiap kali dapat menyelesaikan masalah dan cabaran, pasti terasa begitu gembira. Barangkali jadual juga akan menjadi sangat padat. Maka masa untuk perkara-perkara lain seperti bersama keluarga mungkin terpaksa dikorbankan. Barangkali masa itu aku akan lebih mengenali bunyi tapak kasut rakan sepejabat daripada mengenali tapak kasut isteri sendiri dek meluangkan masa yang terlalu lama di pejabat.
Apakah aku inginkan kehidupan sebegitu? Aku tak pasti. Assuming aku dah berkahwin dan dapat anak, apakah aku mampu melaksanakan tanggungjawabku dengan baik jika berada dalam keadaan sedemikian. Aku teringat satu ceramah mengatakan, apa gunanya mengejar duit beribu-ribu untuk membeli Lexus, tetapi akhirnya anak terbiar dan tak kenal Islam?
Maka menjadi technical expert menawarkan satu peluang yang menarik dari segi itu. Berdasarkan pemerhatian aku dari jauh, contohnya trainer di ILSAS misalnya mempunyai masa yang sangat lapang berbanding menagers yang naik turun site. Ini memberikan peluang untuk aku menggunakan masa dengan lebih baik. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh, mungkin juga aku boleh menjadi seorang konsultant setelah bersara kelak. Cuma kalau bekerja di ILSAS, takut stuck di sana sahaja, sebab tak ramai yang suka menjadi trainer sebab claim tak masyuk.
Pihan-pilihan lain pula menawarkan peluang yang sangat luas. Risikonya juga tinggi. Maklumlah setelah ada tanggungan, pasti terasa berat untuk menghadapi risiko gagal dalam perniagaan misalnya. Maklumlah setiap bulan kena bayar duit kereta, rumah dan macam-macam lagi.
Apakah aku perlu menetapkan satu jalan bagi diriku atau bergantung kepada perkembangan semasa sambil mengikut flownya sahaja. Berdasarkan pengalamanku, aku sering mengambil jalan yang lain daripada apa yang aku rancangkan. Misalnya aku ingin belajar di Edinburgh tetapi akhirnya belajar di London. Begitu juga pasal kerjaya, aku merancang untuk bekerja di Surrey tetapi akhirnya bekerja di Kepong.
Kadang-kadang membiarkan persoalan ini open pun bagus juga, boleh merasa macam-macam peluang, kerana kadang-kadang kita tak tahu ada benda yang lebih baik daripada yang yang kita sangkakan yang itulah terbaik. Pertimbangan di usia muda ini berbeza apabila telah tua kelak. Begitu juga ketika bujang dan sesudah berkahwin. Aku lihat dan dengar ramai yang berubah setelah berumahtangga. Maka jalan apakah yang paling sesuai bagiku. To plan or to let the flow drives me to the right place?
-inspired by training expriences and observations on trainers in ILSAS
8 comments:
good thinking abn, yes plan ahead our career path but wondering where r u going to jump if u decide so..
since most people i know once tnb forever tnb :P
and there's a lack of global player(reputable company) in power industry(ade but not really worth it)..
unless we talking about power generation..
thats why org ckp kalo nak masuk tnb masuk power generation je..
haha. kena pandai cari lubang la. jangan ingat TNB adalah segalanya. ha ha
Apabila di awal lagi sudah meletakkan pengumpulan harta sebagai matlamat di akir ayat, maka tiadalah apa lagi untuk dibincangkan.
he he. duniawi sungguh nampaknya kan?
working for money, or money working for you?
Well, I need money to achieve my target/aim (yang mana aku tak nyatakan di sini). Tetapi aku lebih suka cara hidup money working for me, Tetapi biasanya kita perlu work for money dulu kan.
well, i was just remembering your post on dissatisfaction at work, the intention of working etc. previously. This post is just not in consonance to the aspiration and hope mentioned in those earlier posts.
i.e. once we put money/property as our aim, there would never be satisfaction, believe me. you will start counting your claim, your extra hours, etc. that is what i mean by no more discussion - money only begets more grumble, not happiness, not satisfaction, and if unlucky, not even Divine Pleasure, na'udhubillah.
i think someone in your position i.e. with secure salary each month* should have no more worries about money. There is something loftier than aiming for money, my friend.
[* by this I mean anyone who earns >RM2000 per month per person]
there is no doubt in your statement. Indeed it is true. In fact, I had experienced the effect of focusing too much on this worldly thingy. Perhaps it is time to make some review.
Jazakallah.
Post a Comment