Tuesday, 5 May 2009

Babi/Khinzir

Satu pendemik baru telah muncul, selsema babi. Ada orang tidak suka guna perkataan babi. Maka diminta menggunakan perkataan khinzir yang lebih enak dan jinak bunyinya. Kalau disebut babi terbayang-bayang akan ia najis mughalazah dan juga perkataan yang keji yang digunakan dalam mencarut. Padahal sama sahaja, cuma ia bahasa asing. Mungkin mereka gemar menipu atau memperdaya diri sendiri dari kenyataan. Bagi aku perkataan apa pun tak ape, yang penting context ia digunakan. Aduh keras sungguh bahasaku, maafkan aku. Agak terbawa-bawa dengan mood yang kurang baik akibat keletihan berjemur dibawah terik matahari siang tadi.


Babi - Khinzir - Pig - Swine


Baik, aku rasa aku perlu kembali kepada tujuan asal aku menulis. Seperti yang ku katakan sebentar tadi, orang sangat sensitif bila sebut babi. Kalau diletakkan sepinggan babi di atas meja, sudah pasti tiada siapa mahu makan dan menjamah apa-apa pun makanan lain di atas meja itu dek trauma dengan babi tersebut. Kalau ada sms atau email yang mengatakan sesuatu produk ada traces of babi seperti lemak babi dsb, pasti akan kecoh satu Malaysia.

Tetapi yang hairannya, apabila datang benda haram yang lain semuanya disapu sahaja. Apabila pendapatan berpunca daripada hasil curi tulang, tipu, rasuah dan salah guna kuasa, terasa sedap sahaja duit itu. Makan daripada punca yang syubhah dan haram itu tak dirasakan salah pula.

Kenapa hal ini berlaku?

No comments: