Atas semangat untuk bertemu x-housemateku ini, aku telah meminta agar jadualku dikosongkan dari sebarang aktiviti PD Mapping pada waktu malam tersebut. Alhamdulillah rakan sekerjaku dapat menerima permintaanku.
Kami bertemu agak lewat sedikit kerana aku ujian PD mapping yang dijalankan pada petang Jumaat tersebut habis lewat sedikit, 8.00 mlm. Alhamdulillah Kiko juga turut serta. Kami bertemu di kedai Red Card milik Shan, rakan Wan Aimran.
Pertemuan kami pada malam itu sangat menarik dan menyeronokkan sekali. Semuanya bermula dengan soalan "Pernah tak ko alami anjakan paradigma dalam hidup?" oleh Kiko kepada Saudara Wan Aimran. Seperti biasa, Wan Aimran tidak menjawab secara direct, sebaliknya memberi jawapan dalam bentuk yang umum sahaja.
Kemudian soalan sama diajukan kepada Shan. Shan menceritakan pengalamannya ketika masuk ke sekolah asrama dan kesannya terhadap dirinya. Dia juga sempat memberikan pandangan tentang bentuk pendidikan yang manakah yang sesuai untuk diberikan kepada anaknya nanti.
Kiko pula menceritakan pengalamannya ketika satu kursus yang diberikan oleh majikannya. Dia diminta untuk mengumpulkan duit sebanyak beberapa ratus tinggit, RM300 kalau tak salah dalam masa beberapa jam sahaja, 4 jam tak salah, di KL Sentral. Dia hanya berjaya mengumpulkan wang kurang dari 5 ringgit. Fasi program tersebut memberitahu bahawa ada kumpulan yang berjaya mengumpulkan RM400. Kegagalan anda mengumpulkan wang sebanyak yang ditetapkan reflects terhadap betapa di dalam diri anda keegoan yang sangat tinggi hingga menghalang anda dari menebalkan muka untuk mendapatkan wang yang banyak dan macam-macam lagi. Dari situlah dia merasakan seolah-olah apa yang dimiliknya sebelum ini tidak berguna. Tetapi Wan Aimran pula menyangkal, sebenarnya ia bukanlah satu kayu pengukur yang baik, apa yang lebih tepat adalah Kiko hanya tidak mahir mengunpulkan wang dalam masa yang singkat. Idea ini disokong oleh Shan.
Bila tiba giliranku, aku pun buka cerita tentang pengalamanku memberikan impromptu speech yang bertajuk "How to attract the opposite sex" dalam kursus Effective Presentation Skills. Akupun menceritakan sedikit sebanyak background kursus tersebut dan anjakan yang aku alami. Bagiku, pengalaman dalam kursus dan latihan ucapan tersebut telah membuka mataku bahawa sebenarnya aku mampu memberi ucapan di hadapan orang ramai dengan gaya yang luar dari kebiasaanku dan ia hanya boleh diperoleh dengan memberi peluang kepada diri sendiri untuk belajar serta berani mencuba. Selain daripada itu ia juga mengajar diriku bahawa apa yang aku rasakan bagus pada diriku tidak semestinya yang terbaik, mungkin ada cara yang lebih baik lagi.
Setelah habis bercerita tentang anjakan paradigmaku, aku fikir ceritaku selesai. Rupa-rupanya mereka lebih berminat nak tahu apa isi ucapanku - iaitu apa caranya? Pada mulanya aku sangat segan untuk menceritakannya. Maklumlah aku bukan tahu apa caranya dan aku tidak senang untuk berbicara akan topik ini sebnarnya. Tetapi atas desakan rakan-rakan akhirnya aku pun memberikan isi-isinya. Kiko kecewa apabila mendengarnya. Tiada apa-apa yang spesel, sama macam dalam buku je katanya. Rakan-rakan yang lain pula membuat analisa dan memberi komen ke atas point2 yang aku berikan.
Kemudian, sebagai timbal balik, soalan ini diajukan pula kepada setiap orang di meja itu. Ketika sedang memberikan pandangannya, Kiko mendengar dengan penuh perhatian. Umpama seorang konsultan memberi nasihat kepada clientnya. Aku pula kadang-kadang mencelah sambil bertanya soalan-soalan kepada Kiko dengan lagak seperti seorang fasilitator dalam LDK.
Sembang-punya sembang, komen punya komen, analisa demi analisa dan kritik-mengkritik dalam topik yang pelbagai, sedar-sedar jam sudah pun menunjukkan pukul 12.30. Kedai pun nak tutup. Kami pun sambung kat luar. Kat luar pula kami sembang pasal faktor-faktor remaja melepak dan kepelbagaian jenis manusia.
Kesimpulannya, pengalaman outing dengan rakan-rakanku pada malam tersebut sangat mengujakan. Walaupun topik yang kami sembangkan nampak remeh, tapi pemikiran dapat juga bercambah. Expected dari Aimran dan Kiko. Benda yang kecil pun boleh dijadikan bahan kajian, perbincangan serta perdebatan. Aku sangat gembira kerana keperluan dari segi aspek sosial dan intelekku telah terisi dengan penuh manafaat pada malam tersebut. Alhamdulillah
1 comment:
mmg best kuar ngan kawan, apatah lagi kalau sekaki...
Post a Comment