Sunday, 31 May 2009

Mari Belajar tentang Talian Atas

Mari mengenal alat-alat pepasangan bagi talian atas voltan rendah. In english - Low Voltage Overhead Lines. Saya pasti anda pasti biasa melihat talian elektrik di kawasan perumahan dan di tepi-tepi jalan. Kalau di kawasan bandar baru atau juga di KL ni mungkin anda kurang peluang untuk melihatnya kerana sudah banyak talian tersebut digantikan dengan kabel elektrik bawah tanah.

Saya pasti ramai di antara kita yang tidak tahu apa benda-benda yang digunakan sebenarnya. Secara mata kasar kita nampak wayar pengalir dan tiang sahaja bukan? Sebenarnya banyak sekali benda-benda yang digunakan. Agak sukar juga bagi jurutera baru sepertiku ini untuk mengingati semuanya. Di sini saya hanya senaraikan alat-alatnya sahaja, fungsi tidak dinyatakan. Kalau nak tahu kena masuk kelas la nampaknya. Sukar sekali untuk diterangkan satu persatu.

Ok, untuk mudah faham, di Semenanjung, kita ada dua jenis wayar yakni yang bertebat dan tidak bertebat. Yang bertebat ini yang warna hitam, tak bertebat warna kelabu. Dari segi keselamatan, yang bertebat lebih baik dari yang tak bertebat.








Keratan rentas pengalir bertebat

Latihan amali
Kami telah diberikan peluang untuk mencuba sendiri mengendalikan pepasangan elektrik. Ini merupakan satu peluang keemasan, almaklumlah, di pejabat belum tentu dapat buat benda-benda seperti ini. 

Rupa-rupanya buat kerja ni sangat berat. Nak angkat tangga sahaja dah tak larat. Beratnya lebih kurang 32 kg. Naik tangga pula gayat. Walaupun tingginya 9 meter sahaja. Tambah risau apabila memikirkan hanya tiang sebatang itulah saya bersandar ketika berada 9 meter dari atas tanah. Kalau patah tiang tu, Tuhan sahaja yang tahu apa akan terjadi.










Keselamatan Elektrik
Untuk keselamatan semua, diharapkan jangan bermain-main dengan pepasangan elektrik terutamanya di waktu hujan. Takut silap haribulan terkena flashover, terbakar kulit atau mati.  Dari segi teknikal, memang langkah keselamatan memang sudah di ambil, tetapi malang siapa yang tahu. Kalau ternampak wayar atau tiang yang terputus, terjatuh dan rosak laporkan segera kepada pihak yang berkenaan.



Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com 

2 comments:

Nakama a.k.a OOBS said...

sukakannya.banyakkan lah lagi berkongsi bab lektrik ni...nak tahu juga

Anonymous said...

info bab overhead xder..jadi mcm xder ape..