Thursday, 11 June 2009

Jerebu kembali lagi

Semalam sewaktu tiba di rumah, aku agak terkejut apabila terhidu bau sesuatu yang terbakar. Risau kalau-kalau terlupa tarik handbrake semasa memandu sehingga menyebabkan handbrake hangit. Rupa-rupanya itulah kesan jerebu.

Fairus, technician kabel memberitahuku bahawa sekarang ni Malaysia dilanda El Nina, kemarau teruk. Walaupun hujan turun, hanya sedikit dan sekejap-sekejap, tidak cukup untuk meredakan keadaan.

Pemerhatian menerusi satelit telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa kawasan yang panas di sekitar Sabah dan Sarawak, dipercayai disebabkan oleh pembakaran terbuka. Teringat jerebu teruk yang pernah dihadapi sewaktu form 1, 1997. Teramat teruk sehingga kalau duduk di kelas, asrama pun tak nampak. Kalau tak silap, waktu itu penglihatan terhad kepada beberapa ratus meter sahaja. Semoga Allah melindungi kita.

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

2 comments:

Faizul Azmil said...

El Nina?
Adekah itu El Nino + La Nina?

Azlan @ ABN said...

Aku rase betul juge cakap ko tu wahai faizul. aku rase aku tulis salah tu.

thanks