Monday, 15 June 2009

Tamar

Tamar atau buah Kurma manis dan sedap rasanya. Ada pelbagai rupa dan warna. Teksturnya pula ada yang lembut dan ada yang liat. Menjadi hidangan yang wajib di kala bulan Ramadhan sebagai pembuka selera. Dijual di kedai-kedai dengan tag 'makanan sunnah'. Rindu pula bila bercakap akan tamar ni...

Ketika tinggal di Edgware Road, rumahku terletak di atas kedai runcit arab. Bila-bila sahaja boleh membelinya. Tamarlah yang menjadi makanan buat mengalas perutku ketika lapar teramat tetapi tidak cukup wang untuk memberi makanan yang lebih mahal daripada itu. Biarpun sedikit, ia mampu meberikan tenaga dan dan mengalas perut bagi meneruskan kehidupanku.

Kini di Malaysia sukar sekali untuk mencarinya. Malah dijual dengan harga yang mahal. Ia hanya muncul di pasar-pasar ketika bulan puasa sahaja. Tapi sayang, kebanyakkannya sudah dicampur gula.


ladang tamar di Madinah

penjual dengan tamarnya

Kehidupan ini terasa manis, lebih sedap daripada tamar sekiranya kita bersabar. Kenikmatannya terasa setelah penantian yang panjang berakhir dengan berita gembira atau setelah dugaan yang pahit itu berlalu. Semoga Allah memberikan kekuatan kepadaku untuk terus bersabar, terutamanya dalam menghadapi detik-detik mencabar dan mendebarkan di dalam hidup ini.

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

3 comments:

tamar said...

indahnya kata2,zassss

Anonymous said...

kitorang nyer fav kurma safwa dan maryami. luckily ada penjual di Ktn Parade. kalau ada di KL, we stock up from a vendor kat Alamanda, dekat depan entrance to Carrefour. Available all year round, sama price.

Anak Alam

Azlan @ ABN said...

Haah, baru teringat kat alamanda. Tapi macam mahal je. Tapi betul juga, kalau nak melepas gian apa salahnya.