Kenapa dunia yang kau kejar
A friend of mine reminded:
well, i was just remembering your post on dissatisfaction at work, the intention of working etc. previously. This post is just not in consonance to the aspiration and hope mentioned in those earlier posts.
i.e. once we put money/property as our aim, there would never be satisfaction, believe me. you will start counting your claim, your extra hours, etc. that is what i mean by no more discussion - money only begets more grumble, not happiness, not satisfaction, and if unlucky, not even Divine Pleasure, na'udhubillah.
i think someone in your position i.e. with secure salary each month* should have no more worries about money. There is something loftier than aiming for money, my friend.
[* by this I mean anyone who earns >RM2000 per month per person]
Membaca peringatannya, aku terfikir, apakah aku benar-benar orang yang meletakkan wang ringgit sebagai matlamat hidup? Apakah sebenarnya di dalam minda separa sedarku sebenarnya aku meletakkan perkara duniawi sebagai keutamaan? Kenapakah aku suka berangan-angan akan akan kesenangan hidup di dunia ini? Mungkinkah kekecewaanku ketika terpaksa melepaskan tawaran bekerja di Surrey dan juga ketika majikan tidak mahu membayar elaun minyak bagi menampung kos perjalanan sewaktu bekerja lebih masa merupakan satu manifestasi kecintaan terhadap dunia?
Benar katanya, sikap yang betul sebenarnya adalah kita patut merasa cukup dengan apa sahaja yang ada pada kita. Kita patut berasa cukup dengan kurniaan Allah. Jika kita asyik melihat apa yang tiada pada diri kita, sampai bila hati tidak akan tenang. Walaupun telah mendapat apa yang dicita-citakan, benda lain pula akan dipandang. Maklum lah dah jadi darah daging untuk tidak berpuas hati dengan apa yang berikan kepada kita... Kata seorang imam masjid, janganlah menyangkakan dengan hanya memiliki kereta, rumah, isteri dsb hati kita akan bahagia kerana apabila mendapat isteri belum tentu gembira kerana manusia ada kelemahannya, kemudian berfikir pula mencari kebahagiaan dengan mencari isteri baru. Maka tertipulah kita dengan dunia ini. Sebaliknya, andai kita menumpukan kepada apa yang kita ada, Allah akan membuka mata kita betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan kepada kita, maka jalan untuk bersyukur sudah pasti lebih luas. Seterusnya hati kita berasa sangat tenang kerana kita tahu Allah itu Maha Pemurah dan betapa tidak terkira nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Maka yang harus aku buat dalam hidup ini? Untuk apa dan apa yang perlu aku capai dalam hidup di dunia ini?
Jika ditanya manusia sudah pasti pelbagai jawapan yang diterima. Tetapi untuk mendapatkan jawapan yang tepat, hanya pencipta kita yang dapat memberinya.
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." ( Surah Az-Zariyat, ayat 56)
Telah berbuih-buih mulut, para pendakwah mengingatkan kita akan maksud kehidupan kita di dunia ini berdasarkan ayat di atas. Tetapi sukar sekali bagi kita untuk memahaminya dalam erti kata sebenar. Maksud aku, apakah kefahaman terhadap ayat tersebut benar-benar masuk ke dalam hati kita, seterusnya dizahirkan melalui pemikiran dan amalan dalam kehidupan seharian. Bagaimana kita dapat mengaitkan ayat ini dengan situasi kehidupan kita? Begitu mudah sekali untuk kita menitipkan kata-kata itu di bibir kita, tetapi berapa ramai di antara kita yang mahu dan yang mampu untuk melaksanakannya secara berterusan dalam hidup ini.
Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment