Selagi boleh
Sejak beberapa bulan ini aku sering berjumpa dengan orang yang berpesan atau bercerita dengan tema "Selagi boleh, buat lah ..."
- Sementara lapang di zaman student, enjoy your life
- Selagi ada di luar negara, manafaatkan peluang-peluang yang ada
- Selagi boleh belajar, belajar sungguh-sungguh
- Sementara sebelum sibuk masa bekerja, luangkanlah masa dengan keluarga
- Sementara muda, tenaga masih banyak, komitmen masih sedikit, buat kerja teruk sikit pun tak apa asal dapat timba ilmu sebanyak-banyaknya
- Sementara belum ada tanggungan ini, simpan duit, jangan belanja sakan
Perkara yang belum berlaku itu hampir dengan kita, biarpun seribu tahun lagi. Tetapi perkara yang sudah berlalu walaupun sesaat, ianya teramat jauh kerana kita tidak boleh memutar kembali jam. 'Back to the future' hanyalah angan-angan buat mereka yang jahil akan erti kehidupan di dunia ini.
0 comments:
Post a Comment