Aku telah diminta oleh sahabat-sahabat KYUEM untuk membantu MUSCOM untuk memberi pengisian untuk satu slot dalam program motivasi bersama pelajar-pelajar sekolah pada minggu lepas. Aku terima sahaja permintaan itu walaupun sedikit berat hati kerana tak biasa buat benda ni.
Setelah itu, aku telah mengajak kawan-kawan lain untuk turut serta, tetapi tiada siapa yang berkelapangan. Maka terpaksa aku gagahkan diri untuk memberi ceramah seorang diri.
Program motivasi tersebut telah berlangsung pada hari Sabtu lepas. Aku difahamkan ia merupakan anjuran DBKL dan DBKL telah menjemput KYUEM untuk memberikan pengisian. Lebih kurang 400 pelajar termasuk pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah dari seluruh KL hadir dalam program tersebut. Walaubagaimanapun, majoriti adalah pelajar sekolah rendah.
Sebelum bertolak, terasa gementar sekali. Apatah lagi ketika tidak sempat membuat sebarang persediaan. Setibanya di surau, aku berasa gerun melihat begitu ramai pelajar sekolah memenuhi ruang dewan solat di Madrasah Al-Falah. Aku amat terkejut kerana mendapati kebanyakannya adalah budak-budak sekolah rendah. Sebelum tiba di situ, aku menggambarkan ramai daripada mereka adalah pelajar sekolah mengengah. Inilah akibat terlalu suka mengambil ringan. Maka aku terpaksa memikirkan cara yang sesuai, mengubah pendekatan dan cara penyampaian. Maklumlah, kanak-kanak suka main-main dan hanya faham bahasa yang mudah-mudah.
Aku bernasib baik kerana slotku ditetapkan pada sesi kedua. Sempat menggunakan masa tersebut untuk prepare slide. Sambil itu, aku sempat mendengar sedikit sebanyak ceramah yang sangat interaktif oleh adik Fatimah. Aku difahamkan adik Fatimah merupakan pelajar cemerlang SPM peringkat Malaysia, mengumpulkan belasan A.



Terasa rendah diri pun ada, apabila mengenangkan siapalah aku berbanding dia dan adik-adik lain yang keputusan SPM mereka hebat-hebat belaka. Orang macam aku nak bagi ceramah? Tapi orang dah bagi amanah, buat sajalah, lagipun aku dah pi UK, apa salahnya. Sesi adik Fatimah yang agak panjang sedikit, membuatkan aku pula yang tak senang duduk. Dalam hati aku terasa seperti - "cepatlah habis, lepas ni aku nak bagi pula." Dengan kata lain aku mengharapkan ia berlalu dengan segera.
Setelah tamat, Izuan membuat intro untuk slotku pula. Ayat-ayatnya sangat berapi sehingga menjadikan semangat kanak-kanak tersebut berkobar-kobar ingin mendengar ceritaku. Aku pula terasa berat sekali apabila melihat reaksi budak-budak tu, tak tertanggung pula rasanya. Takut-takut tak dapat meet their expectations.
Ceramah dimulakan dengan memberi salam.
"Assalammualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh," sambil mempraktikkan teknik-teknik effective presentation.
"Waalaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh! (dengan gaya budak sekolah jawab salam dalam kelas) ". Bergema madrasah dek kuatnya mereka menjawab salamku.
Gugup seketika. Kemudian aku meneruskan cerita dengan bantuan slides gambar-gambar di UK. Mereka sangat suka melihat gambar-gambar tersebut. Aku berasa sangat gembira apabila budak-budak itu masing-masing bersemangat menjawab soalan-soalan yang aku ajukan.
Cuma kadang-kadang aku pula yang jadi blur, melihatkan kanak-kanak yang senyap sahaja. Aku risau apakah mereka faham atau berminat. Stamina pun kurang sikit apabila di tengah-tengah ceramah.
Fuh bukan senang nak menghidupkan suasana apabila bercerita dengan kanak-kanak ni. Apatah lagi aku yang tak mahir buat lawak ni. Takut mereka bosan apabila tiada lawak. Tetapi bila tanya soalan lain balik, semua jadi semangat balik, sekurang-kurangnya boleh mengubat kekurang-keyakinanku.
Secara keseluruhannya, aku amat berpuas hati dan gembira kerana berjaya juga akhirnya berhadapan dengan audiance yang beratus-ratus orang ramainya. Cuma hasilnya tak 100%. Masih banyak aspek yang boleh diperbaiki lagi. Aku perlu bersedia lebih awal, agar dapat menyediakan bahan yang lebih baik dan dapat berlatih sebelum memberi ceramah.
Apapun aku berterima kasih kepada MUSCOM (Musolla Commitee) kerana memberikan peluang kepadaku untuk mencuba sesuatu yang baru. Ia merupakan satu pengalaman yang sangat mengujakan.
Aku juga bersyukur kerana pengalaman-pengalaman yang lepas telah membantuku mengatasi masalah kegugupan bercerita di hadapan ratusan penonton, apatah lagi kanak-kanak, sungguh mencabar. Tak sangka pengalaman mengikuti program motivasi untuk kanak-kanak suatu ketika dahulu ada gunanya, sekurang-kurangnya faham selok-belok berkomunikasi dengan kanak-kanak. Bukan mudah nak faham bahasa mereka ini, lagipun zaman sudah berubah. Kita dulu ada Tomato Man, Gaban, Kickers, Dash Yankuro, Flash Man etc. Tapi mereka ini Naturo, Spongebob etc. Zaman dulu main game console sahaja, tapi sekarang main PSP. Macam-macam lagi la.
Terima kasih sekali lagi kepada semua. Alhamdulillah, orang yang pemalu dan pendiam seperti aku ini akhirnya mampu juga untuk berucap dihadapan orang. Di sekolah dulu jangan harap nak suruh aku duduk depan berucap. Kalau sekadar buat pembentangan akademik tu bolehlah.
Petang tadi tiba-tiba ketika memandu ke rumah terima mesej "Salam. Wajah anta ada dalam akhbar Sinar hari ni"
"Kenapa ye?" balasku.
"Kalau nak tahu kena tengok sendiri"
Berdebar-debar juga aku dibuatnya. Setelah membeli akhbar tersebut, inilah hasilnya...
Tak perasan pula ada wakil press kat situ masa tu. Hu Hu.
3 comments:
salam wbt. alhamdulillaah, tahniah abn! (sorg muscomer eja name enta 'are-burn' dlm blog muscom huhu). terkezut jugak ana mase enta bagi talk dgn ucapan salam yg sgt bersemangat - sungguh mcm sedikit lain drp biase, dan series satu permulaan talk yg baik! keep it up bro.
pembentukan generasi masa hadapan tanggungjawab bersama.yeah,keep it up bro!
good job!excellent!tak sangka aku kenal celebriti.. hehehe.. kalah ar cani, dulu masa aku jadi celebriti takat dalam tv pendidikan je.. tak pernah lagi jadi motivator ni..
anyway, teruskan perjuangan membentuk masyarakat...Dr. Abn ye..
Post a Comment