Sebenarnya aku berada dalam mood ingin mengkritik petang ini. Ada beberapa perkara yang berlaku yang mendorong untuk aku mengkritik. Di dalam penulisan ini, aku tidak nyatakan siapa yang terlibat bagi melindungi identiti orang yang berkenaan. Aku hanya menekankan pengajaran bukan ingin menunding jari kepada sesiapa.
Pertama sekali berkenaan kualiti kepimpinan. Petang tadi, aku dan ramai lagi diminta untuk menghadiri satu majlis meraikan orang berstatus tinggi. Agak bosan dan mengecewakan apabila mendengar ucapannya. Tidak banyak pengajaran dan isi yang diperoleh. Agak malang sekali apabila seseorang yang dipilih sebagai pemimpin masyarakat tidak mahir berbicara, berucap, memberi semangat dan mengeluarkan idea. Biar seseorang itu datang dari latarbelakang apa sekalipun, he should equip himself up to the standard.
Bagi aku seorang pemimpin yang sudah berada di tahap yang tinggi mestilah:
- Able to inspire people
- Able to understand people and speak their language
- Able to convey ideas clearly
- Have clear idea about his scope of work
- Know what to acheive and able lead people working towards acheiving the aims laid out
Kedua, sewaktu minum teh dengan rakan-rakan (bunyinya macam sama umur, tetapi ada yang umur macam bapa aku pun ada, maklumlah rakan sekerja), terkeluar cerita assesment. Aku tak sure yang mana satu yang mereka refer, samada KPI atau competency, tapi isinya yang lebih menarik untuk dikritik adalah kaedah pemarkahan dalam penilaian tersebut. Menurut cerita mereka, setiap kali pemarkahan dibuat, markah pasti akan dipotong.
Di peringkat permulaan di mana moderation akan dibuat oleh Bos, pemotongan akan dibuat. Seterusnya ke beberapa peringkat yang lebih tinggi, ia akan dipotong lagi. Komen yang menarik aku dengar adalah, "Sudahlah markah rendah, lagi nak potong. Kalau markah tinggi nak potong tak mengapalah"
Ada satu peringkat, markah didapati agak tinggi, di mana dalam satu bahagian hanya 1 markah sahaja diperuntukan untuk untuk bahagian tersebut dan bahagian tersebut dapat 3 markah dari 3 orang, 1 markah setiap seorang. Maka markah bagi 2 orang terpaksa dipotong bagi mencapai ketetapan tersebut. Ada orang telah mempelawa diri untuk dipotong markahnya.
Aku begitu hairan sekali kenapa mesti begitu? Setahu aku rakan-rakanku semuanya berkerja dengan keras dan baik sekali. Setelah ditanya, barulah aku tahu rupa-rupanya ia dibuat sedemikian bagi memastikan keputusan akhir fit into bell curve distribution. Tak transparent langsung, kata kawan aku. Aku pula kata ini merupakan manipulation of data. Statistics should reflect what is being measured. Not manipulating the measurements to fit the pre-determined results!
Walaupun aku tak hebat statistik, aku masih ingat lagi sewaktu aku tersengguk-sengguk dalam kelas statistik Puan Sheila di KMYS dulu, normal distribution is only suitable for large samples. So kalau kita ada hanya kurang dari 20 orang, apakah anda dapat menjamin keputusan tersebut akan menepati taburan normal (normal distribution, bell-shaped or Gaussian)? Tambahan pula, kalau awal-awal lagi anda telah memastikan orang-orang yang dipilih untuk jawatan tersebut datang dari golongan cream of the creap/ best of the crops, hanya sebahagian sahaja yang perform. Ini tidak lain tidak bukan reflects badly upon the person hiring them and also the managers who are resposible on these people. Tak begitu?
Setelah bersembang-sembang dengan orang lain pula, barulah aku tahu bahawa ia ada kaitan dengan bonus. Siapa yang dapat markah tinggi itulah yang bakal dapat bonus lebih. Walaupun motifnya sedemikian, kaedah itu tetap tidak aku persetujui. Tanyalah mana-mana ahli matematik, tidak siapa pun akan setuju dengan kaedah tersebut.
Situasi ini sama sahaja seperti isu menghadkan pelajar mengambil 10 matapelajaran sahaja Kaedah yang lebih baik ialah membiarkan masing-masing mendapat markah yang sewajarnya. Kemudian umumkan kepada orang ramai bahawa 5 yang terbaik sahaja akan diberi bonus lebih. Sekurang-sekurangnya, mereka yang tidak mendapat bonus lebih tidak merasa kecewa kerana mereka tahu mereka telah melakukan yang terbaik dan mendapat penghargaan yang sewajrnya. Ini sudah pasti menaikkan motivasi dan self-esteem para pekerja.
Biarpun begitu, aku telah diingatkan dan dinasihatkan agar tidak terlalu fokus kepada bonus. Kalau nak bertekak pasal bonus sahaja, tak akan ke mana. Malah, dapat lebih pun tak seberapa. Dalam organisasi yang terlalu banyak birokrasi seperti ini, memang banyak masalah akan dihadapi.
Biarlah markah dapat rendah, tapi self-development tidak terjejas. Dengan kata lain, fokus kepada usaha-usaha pemantapan diri agar menjadi seorang yang competent and expert dalam kerja-kerja. Garap apa sahaja peluang untuk belajar benda baru dan meningkatkan kemahiran. Dalam hal ini tiada siapa dapat menghalang. Lesson can be learnt anywhere, anytime. Dengan mengambil sikap begitu, anda tidak akan rugi, malah menjadi lebih positif dalam hidup. Terima kasih di atas nasihat yang sangat berguna itu. Alhamdulillah.
2 comments:
ada org cakap,hidup ni X adil!,,ada org jawab,sal tu ada syurga hik2x)
kesimpulan yg bersemangat,setuju!!!
boleh ingat lagi normal distribution... aku lepas baru abis exam ingat sket2 je...
jelas, salah akunyer objective masa mengulangkaji..
boleh buat post pasal camne study for life, not just for exam, di mana ilmu tu akan ingat sampai lama2nya...
thanks for the entry. very entertaining and informative!
Post a Comment